Jumaat, 31 Julai 2009

Jumaat hari mulia kematian


Bila sepupu aku dari Kelantan telefon pagi tadi 21,7,2009 untuk dapatkan pengesahan kematian YB Dato' Hamdan, hati aku bergetar bila dia menyebut Ya Allah, YB meninggal dunia pada hari yang Allah muliakan, hari Jumaat.


Semoga lahir seorang lagi tokoh PAS Pulau Pinang selepas ini menggantikan Allahyarham. Dan semoga PAS terus mengetuai bumi Permatang Pasir, Permatang Pauh, sebagai vitamin untuk ahli2 PAS bekerja lebih kuat untuk kemenangan lebih besar PAS kelak dalam PRU13 yang akan datang di Pulau Pinang. Dan semoga calon untuk menggantikan Allahyarham adalah calon yang berwibawa supaya rakan2 DAP & PKR tak boleh pijak2 PAS dengan mudah..


Jumaat, 8 Mei 2009

PR Perak, cukuplah.

Cukuplah PR Perak melawan untuk dapatkan semula DUN. Rakyat dah pun bijak menilai. Kalau nak diteruskan juga, takut ada antara YB PR yang masih mentah bertindak di luar batasan. Provokasi sentiasa menunggu mangsa. Media perdana akan bertambah modal fitnah mereka. Kalau PR cool down sekalipun, rakyat akan tetap dan lebih menghormati PR. Sebab dijangka Be End akan kalah teruk dalam PRK13 akan datang. Buat masa ni sudahlah. Serahlah kepada Allah, Pentadbir sekalian alam.

Sabtu, 2 Mei 2009

PAS! APA NAK JADI?

PAS makin kalut. Masing-masing pemimpin nak tunjuk taring. Ahli-ahli dan penyokong-penyokong bawahan kian tersepit. Kenapa masing-masing tak guna otak bahawa tindakan mereka sekadar menempah keranda untuk PAS? Mana ROH ISLAM seperti sebelum era reformasi 1998 dulu?

TGHH
Bukankah isu persefahaman dengan Ampuno dalam apa jua istilah ataupun bentuk adalah isu sensitif yang terbesardalam PAS? Kaedahnya mungkin baik tapi terlalu melulu tanpa sabar menunggu untuk dibahaskan di Muktamar Agung. Sebab apa terlalu gelojoh sebagaimana gelojohnya Kerajaan PAS Terengganu 2 penggal lepas yang terlalu ghairah melampau?

USTAZ NIK ABDUH
Kenapa terlalu ghairah mendedahkan sesuatu yang boleh menyebabkan PAS terkena pukulan TKO media pro-BaNgang? Mungkin ada kebenarannya, tapi terlalu lambatkah untuk menunggu isu ini diperbincangkan di peringkat Muhkhtamar Agung nanti?

DPPN PULAU PINANG
Terlalu menjolok mata dengan beberapa tindakan yang terlalu drastik hingga menonjolkan ketidaksefahaman antara DPPN dengan Dewan Ulama' Negeri & Perhubungan Negeri, DPPN dengan DPP Pusat, DPPN dengan DPPK2. Masyarakat pro-DAP/PKR PP dah semakin meluat dengan kita walhal kita yang telah menjadi contoh teladan yang baik sebelum ini. Akibatnya, yang dicemuh adalah PAS keseluruhannya, kerana tindakan membuta tuli dan perasan bagus masing-masing. Kaedah musyawarah yang menjadi kekuatan jamaah selama ni hanya tinggal sejarah. Contohnya:

1. Memang Street Dance tidak sesuai dengan Islam tetapi siapa kita (yang cuma menang 1 kerusi di PP) nak menghalang bukan Islam terlibat dengan program seumpamanya? Sepatutnya kita memberi alternatif kepada anak2 muda bukan Islam dan anak-anak muda Islam yang bukan pro-Islam untuk beraktiviti seandainya merasakan Street Dance itu tidak baik. Bukan membantah semata-mata tanpa memberi pilihan lain kepada mereka. Dah tu pula membelakangi keputusan pimpinan negeri, walhal berapi-api memperjelaskan betapa pentingnya walak kepada pemimpin ketika tamrin kepada para pelapis seperti kami dulu.

2. Kami di ahli-ahli di bawah DPPK pun meluat dengan PKR dan gembira untuk PAS bertanding DUN Penanti tapi pimpinan tertinggi telah membuat keputusan sebaliknya. Sebab apa DPPN masih nak keras kepala walhal tindakan sedemikian sekadar memalit daki di dalam jamaah sendiri. M na dia sifat walak yang dilaung2kan? Tahniah kerana dapat memberi kandungan berita yang amat baik kepada media pro-BaNgang untuk menunjukkan bahawa betapa teruknya kita sekarang ni.

Malaslah nak cerita isu-isu lain. Dalam PAS ni dah ramai pemimpin yang dah gila kuasa. Tak guna otak sebelum bercakap atau bertindak. Akhirnya kelak, bukan Islam yang dah mula berminat dengan PAS akan cabut lari, sebab PAS tak dilihat dengan imej yang baik lagi tapi dilihat tak ubah macam Ampuno juga.

Aku tetap ahli PAS sejak 1996 hingga kini. Kalau rasa menyampah, jangan masuk lagi blog ni. Chow, wassalam.

* Naga berapi (perokok branded/daun tegar) dalam kepimpinan DPPK & DPPN PP semakin dasyat.

Rabu, 29 April 2009

Zaujah masuk hospital.

Zaujah dimasukkan ke wad Hospital Balik Pulau kerana kekurangan darah dan dijangka terpaksa bermalam di wad sekurang-kurangnya 2 hari. Sabau je la. Ketentuan Allah. Cuma agak kalut sebab tak ada guru ganti untuk PASTI.

Selasa, 28 April 2009

HARI INI DALAM SEJARAH

KHi baru masuk blog buat kali pertama. Catatan pertama HARI INI DALAM SEJARAH sampai di sini dulu. Nak gi klinik sakit puan jap.